kawan-kawan,saya nak cerita tentang arwah kakak saya yang bernama Wan Fatimah Azzahra.Arwah?betul,kakak saya telah meninggal semasa umurnya 3 tahun.Pada masa tu saya berumur 2 tahun jadi,saya tidak faham erti kesedihan dan perpisahan hanya perasaan gembira sahaja yang saya ada...kakak saya meninggal kerana demam panas dan umi saya sangat sayangkannya.saya banyak memendam perasaan.Setiap kali saya sedih saya akan menangis dan pada masa itulah saya akan teringat pada kakak saya.saya sangat sayangkan kakak saya kerana arwah tidak sama macam adik saya yang lain...adik?ya,sekarang ni saya menjadi kakak sulung.kerapkali saya cemburu melihat kawan saya ada kakak untuk bermanja sebab itulah saya manja dengan umi saya...agak-agak seminggu selepas arwah kakak saya meninggal,saya diserang demam yang membuatkan saya menggigil dan bercakap pelik-pelik.mujurlah saya sembuh tapi sekarang ni saya menghidap penyakit kuning kerana semasa saya lahir,seluruh badan saya menjadi warna kuning dan saya ni agak kronik.Sekarang,saya tidak boleh makan kacang parang kalau tidak penyakit saya akan menyerang.adik saya juga mengalami nasib yang sama....baiklah,sampai disini sahaja.Assalamualaikum
Sunday, August 24, 2008
My Beloved Sister...
Posted by sofiah at 12:45 AM 1 comments
~puasa~
Apa khabar,kawan-kawan?hari ini saya berpuasa!saya rasa seronok berpuasa tapi saya selalu terliur semasa melihat kawan atau adik saya makan/minum...tapi itu semua ujian dari ALLAH. jadi,kita tidak boleh mengeluh atau marah-marah.kawan2 saya bercadang nak buat dialog tapi tak tahu nak buat dialog apa...baiklah,bye!!!
Posted by sofiah at 12:34 AM 0 comments
Saturday, August 23, 2008
my sister's blog
Come on!hurry up!visit my sister's blog....
Asiah:www.asiah-mysecret.blogspot.com
khadijah:www.khadijah-kaisara.blogspot.com
aswani(kawan saya):wani-pintar.blogspot.com
Posted by sofiah at 12:27 AM 0 comments
Wednesday, August 20, 2008
Gambar orang yang saya sayang,Aswani
ini kawan saya Aswani...dia cantik kan?dia ini pemalu,suka senyum dan baik!!!Dia kawan baik saya...
p/s:Aswani,sorrylah sebab ambil gambar awak dari blog awak...
Posted by sofiah at 1:01 AM 0 comments
Assalamualaikum.
Apa khabar,semua?hari ini saya nak cerita pasal kat sekolah tadi,macam ni...
Kawan Saya:mana boleh beritahu ni kan periksa...
Saya:ni bukan periksalah ni ulangkaji...
Kawan saya:ni periksa!
saya berasa geram kerana kawan saya tidak beritahu ini periksa tapi saya percaya...
pada waktu itu Sir Mubin sedang memberi kertas lain lalu dia berkata-
kawan saya:itu barulah ulangkaji...
semasa Sir Mubin hendak memberi kertas pada kami...
Saya:Eh...periksalah!(saya dengan sengaja memberitahunya kerana geram)
Kawan saya:yang tadi,periksa tapi yang ini ulangkaji...
Saya:Ini periksa!!!
kawan saya yang sedang geram itu hanya diam.Mungkin dia tahu yang dia telah terkena dengan saya...
Kepada kawanku Aswani,bukan kamu yang saya maksudkan tapi orang tu...tahu-tahu jelah...
Posted by sofiah at 12:22 AM 0 comments
Tuesday, August 19, 2008
Menginap...
Hai,kawan-kawan.Hari Selasa minggu depan saya akan pergi Seri Indah Beach Resort.saya dan kawan2 pergi ke sana bukan untuk berseronok tau!tapi untuk belajar!UPSR kan dah dekat...sampai disini sahaja...bye.emuah...emuah.emuah!
Posted by sofiah at 12:43 AM 0 comments
Sunday, August 17, 2008
Thursday, August 14, 2008
Sir Mubin...
Assalamualaikum,kawan2.Hari ini saya nak cerita tentang cikgu English saya,namanya Mubin.saya dan kawan2 saya memanggilnya,Sir Mubin.dia baik sangat...dia selalu buat kelakar.Baiklah,kawanku sekalian,jika anda semua mahu mendapat contoh jawapan bahasa inggeris denganya,melawatlah blognya iaitu,http://www.cahayakasturi.blogspot.com/....melawat selalu,ye!!!
Posted by sofiah at 5:24 PM 0 comments
kelmarin...
Assalamualaikum,kawan-kawan.Apa khabar?kelmarin seronok sangat sebab nenek dan abang-abang saudara saya datang dari Melaka.pada malam itu,kami pergi makan bersama -sama di Restoran Taita sambil menonton cerita hantu,Kekasihku Seru...abang saudara saya asyik usik je saya,takut!!!takpalah sambung nanti,ye...
Posted by sofiah at 5:13 PM 0 comments
Posted by sofiah at 2:51 AM 0 comments
Wednesday, August 13, 2008
Yea!!!
Assalamualaikum,kawan2.apa kahabar?saya rasa saya dah lama tak tulis blog,maaf ye.Oh ya,tadi saya seronok sangat sebab tadi 3 mata pelajaran saya naik gred.iaitu Bahasa Melayu Penulisan,Bahasa Inggeris dan Matematik!!!sebagai hadiah,saya mendapat RM2.00 untuk satu mata pelajaran.Jadi,saya RM6.00 lah kesemuanya,yea!!!nanti sambung lagi....
Posted by sofiah at 2:16 AM 0 comments
Thursday, August 7, 2008
seronoknya!!!!
Assalamualaikum,kawan-kawan esok ialah hari yang ditunggu.nak tahu tak kenapa?sebab,esok sekolah saya akan mengadakan lawatan ke Kuala Berang!!!saya dan kawan-kawan,akan pergi melawat taman burung.kata cikgu,semua ini dilakukan untuk menghilangkan stress dan tension.maklumlahkan nak menghadapi UPSR.kata cikgu bahasa inggeris saya,Sir Mubim,nanti kalau asyik belajar,nanti boleh jadi gila iseng.saya tak tahu gila iseng tu apa.jangan cemburu ye,he..he..he...
Posted by sofiah at 11:51 PM 0 comments
Saturday, August 2, 2008
Mr Tan
Apa khabar,semua.Saya nak bercerita tentang Mr Tan.Mr Tan ialah seorang yang mementingkan disiplin,berdedikasi dan seorang yang suka menasihat!saya tabik dengannya!tapi ada sesetengah orang tidak suka padanya.apa yang mereka tahu hanyalah memerli Mr Tan.kesian dia.lupa pula nak beritahu dia adalah seorang guru di sekolah saya.dia berbangsa cina tetapi dia menghormati kami sebagai orang islam walaupun dia bukan islam....hanya kerana dia tegas dan garang,orang memerli dan mengata dia sesedap rasa.geramnya....walaupun saya pernah dimarahinya,saya tetap hormat dia.....baiklah kawan2 saya dah penat ni,nak melayari internet pula.Assamualaikum.....
Posted by sofiah at 2:42 AM 1 comments
Diari Baru!!!
kawan-kawan,semalam saya membeli diari baru.comel sangat!sebenarnya saya ni bukan macam orang lain.mereka suka tulis email.tapi saya suka diari....kawan2 saya membeli diari ni pun kerana diari saya hilang,Kitty namanya.sedihnya,diari itulah tempat saya meluahkan perasaan ketika sedih mahupun gembira...kawan2 diari baru saya itu namanya,Minie.comelkan nama tu?baiklah,sebelum saya melalut lebih baik saya berhenti dahulu...bye(ops silap!)assalamualaikum!!!
Posted by sofiah at 2:29 AM 0 comments
no comment
apa khabar kawan-kawan?saya sihat sahaja.saya ingin minta maaf banyak-banyak kerana sudah lama saya tak tulis blog.maklumlah,UPSR dah dekat.....esok insyaALLAH saya akan mendapat kertas periksa dan sekaligus mungkin akan keluar keputusan.Berdebar,takut macam-macam perasaan bercampur-aduk dalam fikiran saya.....dan saya berharap kawan2 doakan saya ye...assalamualaikum!!!!!!
Posted by sofiah at 2:16 AM 0 comments